Followers


glitter-graphics.com

Tuesday, May 22, 2012

6 sebab beruntungnya wanita mempunyai rahim

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

Puasa Di Bulan Rejab

~ Puasa Di Bulan Rejab ~

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka :
> Barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

> Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

> Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

> Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

> Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

> Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

> Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Friday, May 18, 2012

Kenduri Mak Abah nak pergi Umrah

Malam ni umi sekeluarga akan pulang ke kuala pilah, sebab malam esok kami adakan kenduri semperna Mak & Abah akan ke Umrah 13.6.2012 ni. Memang kenduri sebulan sebelum ye?? umi pun kurang pasti hal ni. ikut kan saje lah..Tak pernah berpisah dengan mak abah lama-lama. walaupun umi duk KL, hari-hari akan Call sebab Aiz suka borak dengan atok die. Kadang sehari 2,3 kali call. Apa die borak xtau lah. Dah jauh nanti macam mane lah umi nak terangkan kat aiz nanti if die suh hallo atok.. emmmmmm....nak call ke sana jauh lah pulak

sekian entry pendek, oklah dari tak up date langsung ye x?

selamat berhujung minggu ye kawan-kawan...

Thursday, May 17, 2012

sayang upin...

akhirnya dapat jugak patung upin,
bukan main suke lagi die,
masuk je, terus die berlari kat gambar upin ipin 
kat tepi kaunter tu...suh amek gambar..
papa pun layan jela karenah hero tu,

lepas je umi amek oder and duk kat meja makan,
tunjuk die patung upin tu,
muka terus senyum sampai ke telinga,
siap nyanyi bagai,
and cium2 umi cakap

time asih...sayang umi, 

peluk2 umi, kiss umi siap ade bunyi lagi die wat..
emmmmm.. sungguh bahagia rasanya..
meh tengok apa die wat semalam kat KFC tu..

 tengok umi takot hilang...

 malu pulak...

 malu2 nak wat peace coz ade uncle tgk...

 yeahhh..dpt dah, tepi tu bola yg ku hulu hilir die bawak..

 muka ada senyum....

 siyes je bile suh senyum....

 tetibe die cakap 
'sayang upin'....

toys2 upin die... bawa tido,tgk tv.. 
mnd je x, takot umi marah..
heheh

*tercapai sudah*
suke-suke

....xsabar nk tunggu minggu depan tuk Ipin pulak....
dapat empat sekali figura ni baru puas hati...

kenapa tak boleh upload gambar kat entry?

itu persoalan aku dari semalam lagi,
orang lain aku tengok okey je,
bila aku tekan button upload tu xde efect apa pun,
duk cam tu je,
tapi bila tekan
upload from webcam, from picasa sume tu boleh je.,...

ha cam no tu?
plizzz help me

Wednesday, May 16, 2012

Touching okey....

tak delah touching mane pun,sebab semangat nak up date blog membuak-membuak tapi bile nak tepek gambar je xboleh-boleh upload tekan punye lame tapi habuk pun xde..emmmmm. Umi nak tepek promo KFC yg dpt menan Upin Ipin tu tapi hampeh..xpelah. yang penting malam ni kena bawa gak aiz p dapat kan satu. hehehe.. mesti senyum lebar die + nyanyi bagai..kenal sangat anak umi sorang tu..

sekarang tetiba suka baca entry-entry mummy yang baru dapat baby or preggy..em umi bila lagi ye? kalau boleh nak jugaklah baby girl kan. Tapi rasa biar umi dapat kerja tetap dulu. kalau takat kontrak cam sekarang emm stokin baby pun belum tentu boleh beli tau. sedih mak !

banyak benda nak story tapi bila xboleh selit gambar jadi blurrr jap. uols sume sihat ke? rindu dengan anak-anak blogger umi.. Aisya sihat ke sayang? bilalah dapat bagi hadiah ni. ape lah umi ni kan asyik busy je.emmm

okey nak sambung wat keje jap..nanti dah ade idea jumpa balik k.. *tata*

Selamat hari Guru !

Buat pendidik yang pernah mencurahkan ilmu,
pada saya,
selamat hari guru !!!!
terima kasih atas jasa kalian....

khas guru-guru yang pernah mengajar :

1995-2000 Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Kurshiah 
2001-2005 Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah
2006-2008 Kolej PTPL KL Sentral Kuala Lumpur